Ads

iklan arab 2

Iklan

Iklan Nuffnang

23 Aug 2016

Sambal Tumis Udang dan Rahsia Sambal Tumis Yang Sedap

 
 
 
 

 
Hari ini saya masuk ke dapur menyediakan hidangan makan tengahari untuk anak anak. Kebetulan Juita akan balik ke kolej, jadi beliau minta dimasakkan nasi lemak. Tapi rancangan memasak nasi lemak telah bertukar di saat akhir walaupun saya telah merebus telur dan membeli sayur kangkung untuk dicelur. Oleh kerana ingin menjemput Allain makan tengahari di rumah, saya kira elok dan lebih sesuai jika saya hanya memasak nasi putih. Saya menyediakan Sambal Tumis Udang, Sayur Lemak Putih Kubis dan Terung dan Ayam goreng kunyit. Walaupun lauk yang ringkas, seronok tengok Alain makan menambah nambah. 

15 Aug 2016

Kek Oren Lembab Yang Mudah






Sebenarnya menulis entri di blog memerlukan mood. Jika tidak ada mood, memang kita tak mampu mencoret walaupun sebaris ayat. Di saat ini, memang kepala saya agak penuh memikirkan bermacam macam hal yang perlu dibereskan. Belum masanya untuk saya membuat apa apa pengumuman. Nantikan sahaja, kerana saya pasti akan berkongsi di sini bila tiba masanya yang sesuai. Ada kala saya terasa bersalah bila lama tidak update blog. Saya dapat merasakan pembaca yang singgah di blog saya memang sangat ikhlas menyokong saya selama ini. Jadi sedaya mungkin, saya akan membalas komen yang ditinggalkan dan paling pasti, saya akan membaca setiap komen yang dihantar. Anda semua telah mewarnai hidup saya yang kadang kadang memang agak streotaip dan membosankan. Kadang kadang terfikir alangkah bahagianya mereka yang hidup simple, berfikir juga perkara yang mudah mudah. Sedang saya, setiap perkara adalah serius yang perlu difikir dan dikaji. Saya mahukan yang terbaik dalam setiap perkara. Mana mungkin kita melakukannya sedang manusia penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Mudah mudahan saya ditunjukkan jalan dan dipermudahkan dalam segala urusan.

12 Aug 2016

Nasi Goreng Kampung Sempoi Tapi Sedap






Kebelakangan ini dan mungkin sehingga penghujung tahun, saya agak sibuk dan akan sibuk dengan urusan keluarga. Jadi masa untuk mengemaskini blog akan lebih terhad. Namun begitu, anda masih boleh google pelbagai resepi di dalam blog ini. Insya Allah, macam macam resepi mudah telah saya kongsikan. Jika ingin mengetahui perkembangan terkini atau aktiviti saya, boleh follow instagram Azie Kitchen. Hari ini saya cuma nak share, masakan yang cukup sinonim dengan masyarakat kita tak kira pagi siang atau malam iaitu nasi goreng. Nasi goreng ini disediakan sebagai sarapan pagi sementara saya memasak untuk jamuan makan makan di rumah tempoh hari. Sambil menyediakan bahan bahan untuk membuat begedil, saya memasak nasi goreng. Kebetulan ada lebihan nasi putih yang disimpan dalam peti sejuk. Kalau hendak memasak nasi goreng, sedap menggunakan nasi yang telah semalaman. Kalau di kampung, dipanggil nasi dingin. Bila memasak nasi goreng, saya tidak terikat pada resepi tetapi akan memasukkan apa sahaja yang tergerak di hati. Lebih lebih lagi bahan yang tersedia dalam peti sejuk. Yang paling saya suka ialah ikan bilis. 

3 Aug 2016

Rendang Ayam Nogori Kegemaran






Seperti biasa sebelum menulis hal resepi, kita jamu minda kita dengan sedikit petikan dari youtube kuliah Ustaz Jafri Abu Bakar berkenaan amalan mudah yang boleh menghapuskan dosa dan mengangkat darjat. Penghapusan dosa sangat penting. Kita banyak keperluan nak minta dengan Allah. Seorang sahabat bertanya, Dalam banyak banyak keperluan, apakah permintaan yang paling afdhal. Kata Rasulullah, doa paling afdhal adalah meminta keampunan. Ini adalah kerana meminta keampunan adalah bersangkut paut dengan bab dosa. Orang yang banyak beristighfar dan minta ampun, selain dari diampun dosa, Allah akan lepas kan dia dari gundah gelisah, Allah akan melepaskan dia dari kekusutan dan masalah. Akhir sekali, Allah akan bagi rezeki yang tidak disangka sangka. Kedua akan diangkat darjat. Apa sahaja yang Nabi ajar amalan yang boleh mengangkat darjat, kita kena buat kerana sangat pentingnya darjat. Siapa yang membaca "La ilaha illalloh wahdahu laa syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa ‘ala kulli syaiin qodiir" sebanyak 10X selepas solat Maghrib dan Subuh, 3X untuk lain lain solat. Beliau akan mendapat 10 pahala sebesar 10 Bukit Uhud. Allah akan ampunkan 10 dosa dan Allah akan angkat dari nya 10 darjat. Dengan syarat tak bercakap apa apa dan kaki masih dalam kedudukan tahiyat akhir. Rugi sangat kalau tak buat. Bila diangkat darjat akan dapat kemuliaan hidup di mana di dunia akan hidup tenang dan mati dengan membawa pahala yang banyak. Kubur akan jadi lapang. Di padang Masyhar dapat perlindungan arasy Allah. Masuk syurga Allah tanpa hisab. Jom lah sama sama amalkan semasa nyawa masih dikandung badan. Jangam sia siakan masa yang ada kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput menemui Illahi. 

31 Jul 2016

Mee Maggi Goreng Mamak Sedap




Petikan kuliah Ustaz Jafri Abu Bakar di youtube yang sangat menarik buat renungan kita semua. Setelah menpunyai ilmu, mungkin sekarang kita telah berhati hati untuk tidak melakukan sesuatu yang berdosa, tapi dosa dulu dulu dari kita mencapai umur baligh hingga kini masih belum dipadamkan. Apa tandanya kita masih ada dosa? Tandanya kita masih malas nak buat ibadat. Walaupun kita tahu kelebihan sesuatu ibadah, tapi masih tidak mahu melakukannya. Contoh, berat untuk melakukan solat solat sunat. Itu tandanya hati masih berselaput dengan dosa. Allah sayang kat kita. Macam mana banyak pun dosa, Allah tetap akan ampunkan dosa. Tanda hati bersih ialah rasa takut nak buat satu yang berdosa. Kalau rasa diri tak ada dosa, tandanya hati masih penuh dengan dosa. Kena sentiasa ingat bahawa Allah sayang kat kita bila kita diberi ujian. Kita akan semakin dekat dengan Allah di kala di timpa ujian. Allah bagi ujian untuk menambah pahala. Bila diberi sakit sikit, tandanya Allah nak ampunkan dosa kita. Allah nak padamkan dosa kita. Bila niat nak jadi baik, pasti ada ujian. Kenapa Allah panjangkan usia kita?